Tuesday, November 20, 2007

SIRI 1 : Pertandingan Dikir Barat MAKUM 2007

Hari ini sudah masuk hari ke-6 latihan pasukan Citra Deewana. Alhamdulillah, kesemua lagu telah diberikan kepada awak2 dan esok adalah permulaan untuk proses kemaskinikan gaya dan persembahan pasukan. Alhamdulillah, tadi Pak Kobs KDRM ada datang menjenguk kami semasa sesi latihan, dan dia ada mengajar sedikit sebanyak tentang PECAH SUARA awak2. Terima kasih banyak2 diucapkan kepada beliau kerana sudi datang dari Kg Pandan.

Tok Juara dengan Tukang Karut pula setiap malam tak tidur sampai ke pagi berlatih air suara lagu supaya kena dengan lagu yg dibawa. Almaklumlah, tukang karut sudah lama berehat dari berdikir, suara pun sudah berkarat...hehehe...nasib baik ada Tok Juara yg agak mahir juga dalam bidang tukang karut.

Untuk pertandingan kali ini, kami telah memberi tumpuan pada gaya persembahan pasukan supaya lebih kelihatan menarik. Pening kepala juga duk memikirkan gaya yang sesuai dengan lagu yang dibawa, namun alhamdulilah dengan paduan idea dari Zulhilmi dan Jimie Gendang dapat menghasilkan gaya2 persembahan yg agak menarik bagi kami.

Ini adalah penyertaan kali pertama (rata-rata ahli pasukan adalah ahli-ahli baru) kami dalam pertandingan dikir barat MAKUM. Jadi pengalaman bertanding di peringkat ini amatlah asing bagi kami. Namun kami telah membuat analisis pertandingan yg lepas2 lebih kurang dua bulan yg lalu dan kami sebenarnya mula menaruh harapan untuk memasuki peringkat akhir pertandingan ini. Dengan semangat ahli-ahli pasukan yg sangat bersungguh2 kali ini diharapkan dapat membuahkan kejayaan kepada Citra Deewana.

Malam esok mungkin Pak Kobs datang lagi kot...oh ya, tadi kami dah berlatih dengan menggunakan pembesar suara dah..hehe..pinjam alat kolej punya..selepas raya baru latihan depan cermin di unit kebudayaan bagi melaraskan gaya persembahan.

Nantikan gegaran Citra Deewana kali ini di MAKUM 2007!!

1 comment:

Mike Ouye said...

interesting blog, check mine out when you get a chance:

http://themolog.blogspot.com

keep up the good work!