Wednesday, November 21, 2007

Siri 2: Pertandingan Dikir Barat MAKUM 2007

Hari ini masuk hari ke-7 latihan. Hari ini kami melipat gandakan latihan dengan mengadakan latihan di sebelah petang dan malam bagi memantapkan lagi persembahan Citra Deewana. Malam tadi Pak Kobs tak datang, jadi kami hanya mempraktikkan nasihat dia semalam dari segi suara awak2.

Secara keseluruhannya, malam tadi adalah malam latihan yang terbaik setakat ini dengan semua ahli menunjukkan komitmen dan semangat yang bersungguh2 semasa latihan. Kami mula mengemaskan gaya tari bagi setiap lagu dan juga intonasi suara awak2. Malam tadi kami menerima kunjungan dari bekas2 ahli dikir barat Citra Deewana yang terdahulu iaitu Mat Ja Sri Gemersik, Ajis, Mat dan beberapa orang lagi. Mereka tidak dapat sertai pertandingan kali ini kerana sudah berada di semester akhir. Namun begitu pengganti-pengganti mereka boleh tahan juga...hehe

Setakat hari ini, semuanya berjalan mengikut perancangan yang telah ditetapkan dan esok mungkin kami akan memulakan latihan seawal jam 2.30 petang sehingga pukul 6 petang, dan malam esok jam 9.00 malam hingga jam 2.00 pagi. Ini bagi memastikan semua perancangan disiapkan mengikut jadual yg telah ditetapkan.

hehehe..malam nie awak2 dibekalkan dengan air asam jawa..kesian betul, dah takde suara dah bebudak2 nie.hehehe

k, nantikan gegaran Citra Deewana di MAKUM 2007!!

Tuesday, November 20, 2007

SIRI 1 : Pertandingan Dikir Barat MAKUM 2007

Hari ini sudah masuk hari ke-6 latihan pasukan Citra Deewana. Alhamdulillah, kesemua lagu telah diberikan kepada awak2 dan esok adalah permulaan untuk proses kemaskinikan gaya dan persembahan pasukan. Alhamdulillah, tadi Pak Kobs KDRM ada datang menjenguk kami semasa sesi latihan, dan dia ada mengajar sedikit sebanyak tentang PECAH SUARA awak2. Terima kasih banyak2 diucapkan kepada beliau kerana sudi datang dari Kg Pandan.

Tok Juara dengan Tukang Karut pula setiap malam tak tidur sampai ke pagi berlatih air suara lagu supaya kena dengan lagu yg dibawa. Almaklumlah, tukang karut sudah lama berehat dari berdikir, suara pun sudah berkarat...hehehe...nasib baik ada Tok Juara yg agak mahir juga dalam bidang tukang karut.

Untuk pertandingan kali ini, kami telah memberi tumpuan pada gaya persembahan pasukan supaya lebih kelihatan menarik. Pening kepala juga duk memikirkan gaya yang sesuai dengan lagu yang dibawa, namun alhamdulilah dengan paduan idea dari Zulhilmi dan Jimie Gendang dapat menghasilkan gaya2 persembahan yg agak menarik bagi kami.

Ini adalah penyertaan kali pertama (rata-rata ahli pasukan adalah ahli-ahli baru) kami dalam pertandingan dikir barat MAKUM. Jadi pengalaman bertanding di peringkat ini amatlah asing bagi kami. Namun kami telah membuat analisis pertandingan yg lepas2 lebih kurang dua bulan yg lalu dan kami sebenarnya mula menaruh harapan untuk memasuki peringkat akhir pertandingan ini. Dengan semangat ahli-ahli pasukan yg sangat bersungguh2 kali ini diharapkan dapat membuahkan kejayaan kepada Citra Deewana.

Malam esok mungkin Pak Kobs datang lagi kot...oh ya, tadi kami dah berlatih dengan menggunakan pembesar suara dah..hehe..pinjam alat kolej punya..selepas raya baru latihan depan cermin di unit kebudayaan bagi melaraskan gaya persembahan.

Nantikan gegaran Citra Deewana kali ini di MAKUM 2007!!

Majlis Sambutan Hari Raya Anak-Anak Kelantan UTM 2007

Kami mendapat lagi satu jemputan dari PAKATAN untuk membuat persembahan sempena Majlis Sambutan Hari Raya Anak-Anak Kelantan. Persembahan ini bertempat di Rumah Alumni UTM dan dihadiri oleh para jemputan seramai 400 orang.

Persembahan pada hari itu dibahagikan kepada dua pusingan iaitu pada awal majlis dan semasa tetamu menikmati juadah hari raya yang disediakan oleh pihak penganjur. Tok Juara pada kali ini ialah Rasul Arjuna dan ini adalah penampilan sulung Tukang Karut kami yang baru pulang dari praktikal iaitu Zulhilmi Citra Deewana. Persembahan pada hari tersebut sangat menarik dengan lagu-lagu dan bunga gaya yang telah diterapkan oleh tukang karut kami yang baru.

Antara lagu yang dibawa ialah Sumpah Pemuda, Juwita, Tinggallah Kasih dan beberapa lagu kreatif yang dinyanyikan oleh Tukang Karut kami. Berikut adalah gambar-gambar semasa persembahan tersebut.

Majlis Pesta Konvokesyen UTM 2007

Pasukan kami dijemput membuat persembahan sempena Pesta Konvokesyen UTM 2007. Tugasan untuk kali ini agak berat sedikit memandangkan kami akan mempersembahkan di hadapan DYMM Sultanah Zanariah (Johor) pada malam persembahan tersebut.

Kami telah berlatih selama 2 minggu untuk persembahan ini dan hasilnya persembahan yang mantap telah berjaya kami persembahkan pada malam tersebut. Tok Juara pada malam tersebut ialah Azhar Perindu manakala Tukang Karutnya ialah Rasul Arjuna dan Mat Ja Sri Gemersik. Lagu yang dibawa pada malam tersebut ialah Panah Arjuna, Karut Kelantan dan irama Wau Bulan.

Zul masih tak join lagi persembahan pada malam tersebut sebab masih praktikal di Teknik Muar. Apapun, persembahan diaorg mmg best sgt2...

Majlis Penutup SUKAM UTM 2007

Kali pertama membuat persembahan dengan pakaian yang baru siap..hahahaha...smart numo sek2 nie. Suport dari Unit Kebudayaan selepas rasminya Citra Deewana sebagai satu kelab kebudayaan universiti..owhhh...comel2 la anak2 muda UTM nie wehhh..haha

Nie ada gambar-gambar semasa persembahan tersebut. Tok Juara nya ialah Azhar Perindu manakala Tukang Karutnya ialah Rasul Arjuna dan Mat Ja Sri Gemersik. Antara lagu2 yang dibawa oleh pasukan kami ialah Juwita Rindu Hatiku Rindu, Kesayup Bintang, Lagu Training Main SUKAM UTM dan tidak lupa irama Wau Bulan.

Penonton cukup terhibur pada malam tersebut dan kami mendapat pujian daripada TNC. Cayalah beb.....

Majlis Makan Malam Kelab Penyayang UTM

Berikut adalah gambar-gambar semasa persembahan di Majlis Makan Malam Kelab Penyayang UTM. Antara lagu yang dibawa oleh pasukan kami ialah lagu Rakan Penyayang, Ambo Rasa Berkenan, Di Alaf Baru dan tidak lupa irama Wau Bulan

Pertandingan Dikir Barat Anti Dadah Terbuka Johor 2006

Berikut adalah gambar-gambar KEDRAT Citra Deewana semasa menyertai Pertandingan Dikir Barat Anti Dadah di Plaza Angsana, Johor Bahru. Kami hanya sempat berlatih selama 3 hari sahaja. Ini adalah pengalaman pertama kami menyertai pertandingan dikir barat.